Friday, December 12, 2008

mission accomplished.

Setelah berminggu berbincang dan mengatur pelbagai strategi, akhirnya menjadi juga 'roadtrip' yang telah kami cadangkan..

'roadtrip' ini di sertai oleh 11 org ahli IaM dari Bangi,Kajang dan Kuala Lumpur..

tepat jam 1200 bertarikh 11.12.08 kami telah berkumpul di Pangsun,Hulu Langat dengan satu tujuan; ingin melapangkan minda dan keluar daripada rutin harian..

'roadtrip' ini juga bertujuan untuk menanamkan rasa cintakan alam sekitar dikalangan ahli iam selain terus menerus merapatkan hubungan ukhwah yang telah terjalin sekian lama dikalangan kami..

dibawah adalah beberapa gambar sebagai kenangan yang akan terpahat di jiwa ahli2 yang hadir..

kepada ahli yang tidak dapat hadir, diharap kita akan berjumpa lagi dimasa lain..

terima kasih kepada saudari Iam Nurt kerana membawa kamera untuk memaparkan apa yang berlaku disana..

terima kasih kepada saudara Iam Habot kerana sudi menjadi jurugambar di sepanjang pengembaraan tersebut..

terima kasih kepada saudara Iam Kobe yang telah menyediakan ayam(bbq)..

terima kasih kepada saudara Iam Sob Pirlo yang telah menyediakan air minuman..

dan akhir sekali senang cerite terima kasih kepada semua ahli2 Iam yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung semasa pengembaraan ini berlangsung..

semoga kite akan berjaya mengadakan lebih byk aktiviti untuk semua kalangan Iam...

Sekian..

Iam Yas

































No comments:

English Premier League Top Story